KERTEH merupakan bandar yang terkenal dengan kegiatan penapisan dan pemprosesan petroleum dan gas utama di Pantai Timur Semenanjung Malaysia sejak lebih 20 tahun lalu. Kawasan itu kini menjadi salah satu nadi pembangunan negeri Terengganu dan Malaysia. 
Kawasan di sekitar pusat pemprosesan petroleum  dan gas yang diusahakan oleh syarikat petroleum tempatan, Petronas ini pula di wujudkan pelbagai perindustrian khususnya yang melibatkan bahan galian tersebut seperti industri petrokimia dan plastik. 

Namun begitu, sebelum penemuan petroleum dan gas di pesisiran pantai Terengganu, Kerteh merupakan kampung nelayan yang kegiatan utama penduduk setempat ialah nelayan di samping perladangan kelapa sawit dan getah. 

Bagaimanapun, kegiatan perikanan ini masih lagi dijalankan walaupun kebanyakan penduduk khususnya golongan muda beralih ke sektor perkilanagan. Manakala aktiviti perladangan khususnya kelapa sawit masih lagi dijalankan di beberapa kawasan di pedalaman Kerteh. 
 


Copyright ©1999 KertehNet Community. All Right Reserved.