TERDAPAT banyak tempat-tempat yang menarik yang boleh dikunjungi di
Kerteh.
Bagi yang ingin menikmati keindahan pantai dan laut boleh menikmatinya
di pantai berteluk berhampiran muara Sungai Kerteh dan juga Pantai Teluk
Air Tawar.
Pantai Kerteh
diselimuti dengan pasir yang memutih dengan ombak yang beralun dan pepohon
ru yang redup merendang. Di sini juga terdapat sebuah lagoon
yang terbentuk hasil percantuman tanjung pasir yang turut menjadi tumpuan
bagi mereka yang hauskan ketenangan dan kedamaian. Anda penggemar aktiviti
memancing? Di sinilah tempatnya.
BAGI yang ingin meninjau keindahan laut dalam pula dapat menikmatinya
di Pulau Tenggol,
taman laut dunia yang jaraknya hanya 3 jam dari muara Sungai Kerteh jika
menggunakan bot. Pulau ini dipenuhi dengan batu-batu karang dan hidupan
laut yang jarang ditemui di dasar laut lain. Pulau Tenggol juga sangat
sesuai bagi anda yang menggemari aktiviti laut dalam seperti menyelam,
memancing dan lain-lain.
SELAIN pantai
yang memutih, terdapat juga air terjun Kg. Cabang yang jaraknya kira-kira
10 KM dari bandar Kerteh dan air terjun Rasau berjarak kira-kira 15 KM.
Bagi yang meminati kegiatan tracking atau yang gemar merasai kedinginan
air dari gunung, keadaan di sini sangat sesuai bagi anda.
Di sepanjang jalan darat menuju ke kawasan rekreasi itu, terdapat kebun-kebun
buah-buahan milik penduduk setempat dan jika bernasib baik, kita dapat
melihat pokok-pokok itu berbuah yang menambahkan lagi keseronokan.
|